Friday, November 10, 2023

Umrah Pertama 2018 Port Said - Jeddah

 CATATAN SUEZ (1)

UMMU DUNYA KE UMMUL QURA

1 Ummu Dunya (ibu dunia) dimaksudkan kepada Mesir manakala Ummul Qura (ibu kampung/ negeri) maksudnya Madinah. Catatan ini adalah memori perjalanan umrah pertama 1998 menggunakan kapal laut melalui terusan Suez dari Port Said ke Jeddah.
Haluan ni adalah tempat berangan ala Jack dan Rose. Feri As-Salam Telstar Port Said - Jeddah
2. Ramai lagi orang yang pergi Mekah naik kapal laut terutamanya zaman tok nek nyang dulu, pelayaran makan berbulan sempat ada yang meninggal dan berkubur di dasar laut. Mengenangkan lama dan mencabarnya jalan ke Mekah, maka saya buatlah nota dan sempat terbit dalam majalah ATOM April 1999 dalam dua siri.
Segmen Catatan Kembara Suara Kampus Edisi Perak (ATOM) Mac/April 1999 Tahun 2 Bil 4

3. Nama kapal (selepas ini disebut ”feri”) As-Salam, dalam 4 kali besar dari Feri Pulau Pinang. Naik kat pelabuhan Port Said bandar pelabuhan utara Mesir, Cuma beza Port Said dengan Butterworth, Butterworth ada jual kacang putih dengan jeruk, (masa tu jeruk Pak Ali belum wujud), kat Port Said makan bawa sendiri. Tapi bab naik feri ni betul betul imbau kenangan dengan mak naik feri yang kini telahpun tinggal sejarah.
Tiket ini dijumpai semula dalam buku Mu'jam Lughat al Fuqaha, ini semua sebab soalan dari syeikh zabidi pasal hukuman rejam untuk muhson. Tak sangka masih wujud.
4. Pilihan paling mudah untuk pelajar Mesir ke Mekah murah dan mudah adalah naik feri, boleh saja naik kapal terbang, tapi bila lagi nak mencuba, pasti sangat ‘rare’, Pelajar Jordan pergi naik bas pun menarik juga. Pengalaman naik feri atau kapal untuk perjalanan jauh tidak akan dapat dibeli walau seseronok naik kapal Cruise Muhibbah bikin pusing semenanjung.
5. Jarak perjalanan 1,673 km kalau ikut pesisir atau 760 batu nautika melalui Terusan Suez yang sempit Feri akan lalu Teluk Suez dan Laut Merah untuk sampai ke Jeddah. Kesimpulannya perjalanan ambil masa 3 hari juga, satu hari duduk atas kapal tunggu dia loading barang segala matnika. Satu hari penuh belayar dan sehari lagi dah sampai ke Jeddah.
6. Dari Kaherah ke pelabuhan Port Said pun dah dekat 3 jam. Sampai saja kami ke dermaga dah kena panjat tangga untuk naik kapal, dari atas geladak turun pula tangga curam ke bawah lambung (perut kapal) dengan beg segala bagai. Dia tak ada sistem kargo macam naik kapal terbang, semua kau pikul sendiri macam lanun carribean. Arab ladies pikul beg atas kepala aja. Tak ada pula macam kapal Titanic (1997 Titanic tengah hits) baru romentik sikit.
7. Kalau tengok tiket dapat kelas 2. Macam mana kelas 2 tak pernah pula browse dalam internet, sebab zaman tu orang main internet untuk buat panggilan telefon ke Malaysia dan main chatting IRQ saja. Jadi kami pasrah macam mana sekalipun. Jauh juga masuk ke perut kapal dapat bilik bawah, sekira-kira macam paras air laut kut, sebab tak ada tingkap yang boleh kami posing dalam bilik.
Butiran harga tiket, siap cukai, tarikh bulan 10 tahun 2018 dari Jeddah ke Suez. Pelabuhan Suez Utara adalah Port Said. 2nd class jangan harap macam cruise muhibbah.

8. Biliknya tiada sebarang dekorasi ala-ala Titanic walau secuit, hampa juga sekejap. Sebilik kongsi empat atau enam orang dah tak ingat. Tapi yang paling penting dinding kami besi, lantai besi, katil besi dan nasib baik ada tilam itupun ala kadar, kalau tak ada baraghis (pijat) itupun sudah cukup bagus nak tidur kat dalam ni. Kira kalau tak ada tilam tadi dua kali limalah macam bilik mayat. Cuma risau kedudukan bilik jika berlaku kebocoran dari paras mana sekalipun, kami yang akan tenggelam dulu. Rabbuna Yustur!
9. Perjalanan ini kira macam perjudian jugalah, sebab pernah juga dengar tentang kapal Mesir tenggelam kat Laut Merah, sebelum tu Salem Express tenggelam sebab terlanggar batu karang. 464 mangsa tewas padal tahun 1991. Namun kalau fikir mati …baring atas katil pun boleh pi. Lepas tu tahun 2006 sekali lagi berlaku 185 meninggal sebab bilik enjin terbakar dan kapal tenggelam. Life is about taking risks. Kut mana pun jenguk juga mana life buoy terdekat nak cekau kalau jadi apa-apa….
Abu Razeen
Siri dua tak pernah disiapkan untuk ATOM.

Umrah Pertama 2018 Port Said - Jeddah

  CATATAN SUEZ (1) UMMU DUNYA KE UMMUL QURA 1 Ummu Dunya (ibu dunia) dimaksudkan kepada Mesir manakala Ummul Qura (ibu kampung/ negeri) mak...